2025-08-04 HaiPress

Majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Digital Nasional Berhad (DNB) di UPM
SERDANG,4 Ogos - Pembangunan ekosistem teknologi penerbangan Beyond Visual Line of Sight (BVLOS) wajar diperluas ke sektor strategik termasuk logistik,pengurusan bencana,pertanian pintar dan penjagaan kesihatan digital.
Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata,teknologi dron generasi baharu itu berpotensi besar membuka laluan kepada pelbagai aplikasi dunia sebenar termasuk mobiliti udara bandar,logistik,pertanian tepat dan pemeriksaan infrastruktur.
Ia turut berperanan dalam operasi tindak balas bencana serta penghantaran ubat-ubatan ke kawasan luar bandar.
"Teknologi yang dahulunya hanya wujud dalam imaginasi kini semakin menjadi realiti. Namun,ia bergantung kepada keupayaan kita untuk menyediakan ekosistem yang kukuh,tersusun dan dikawal selia secara menyeluruh," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Digital Nasional Berhad (DNB) di sini hari ini.
Teknologi 5G berkelajuan tinggi merupakan pemacu utama kepada sistem masa nyata berasaskan kecerdasan buatan (AI),termasuk sistem dron tanpa pemandu.
"Dengan kependaman ultra rendah dan jalur lebar yang tinggi,5G membolehkan dron menerima data serta membuat keputusan dalam milisaat. Ini secara langsung meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan operasi," katanya lagi.
Usaha itu bertepatan dengan hala tuju Malaysia sebagai peneraju teknologi masa hadapan di rantau ini.
Menerusi MoU itu,ia menandakan satu kerjasama strategik yang dijangka membuka lembaran baharu dalam pembangunan teknologi dron negara,khususnya dalam teknologi penerbangan BVLOS.
Matlamat utama MoU itu adalah untuk mewujudkan ruang uji kaji dunia sebenar bagi membangun,menguji dan memperluas penggunaan teknologi masa hadapan secara selamat dan beretika.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur