2025-08-04 HaiPress

Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun
SEREMBAN,4 Ogos - Kutipan hasil baharu bagi unsur nadir bumi (REE) di Negeri Sembilan dianggarkan sebanyak RM18 juta.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata,dua daerah di negeri itu telah dikenal pasti sebagai lokasi hasil baharu REE.
"Hasil baharu REE dikenal pasti di beberapa daerah seperti Kuala Pilah dan Jelebu yang dijangka bakal memberi sumbangan besar kepada hasil negeri mulai tahun 2027. Kerajaan negeri menjangkakan kutipan hasil daripada dua lesen elemen mineral yang telah diluluskan,sebanyak RM18 juta," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan ADUN Rantau,Datuk Seri Mohamad Hasan berkenaan pelaksanaan hasil baharu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.
Dalam pada itu,Aminuddin berkata beberapa bidang lain turut berpotensi untuk meningkatkan kutipan hasil negeri,antaranya transformasi komoditi air dan pengenalan caj perkhidmatan yang menjurus ke arah kelestarian ekonomi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur