2025-08-04 HaiPress

Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Tekad RSTU Selangor dan Perhimpunan Penjawat Awam serta perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini/ Foto BERNAMA
SHAH ALAM,4 Ogos - Kerajaan Negeri Selangor memberi tumpuan kepada lapan fokus utama menerusi Kerangka Reformasi Sistem Penyampaian dan Tadbir Urus (RSTU) Negeri Selangor,sebagai agenda pembaharuan perkhidmatan awam bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap,pantas dan berkesan.
Menteri Besar,Datuk Seri Amirudin Shari berkata usaha tersebut digerakkan melalui langkah strategik yang menyeluruh,merangkumi penambahbaikan sistem,pemantapan struktur dan pemerkasaan peranan di semua peringkat.
''Yang mana ada lapan perkara penting yang akan kita tumpukan di dalam fokus kita,selain daripada matlamat nilai 8 komponen tersebut iaitu tadbir urus integriti,reformasi penyampaian,pemecahan budaya silo,reformasi aduan,modal insan berdaya iaitu meningkatkan kemahiran ikhtisas dan juga kemahiran tertentu di kalangan penjawat awam,pemerkasaaan akar umbi,mengukuhkan agensi sampai di peringkat daerah,pengukuhan pemantauan program dan seterusnya penilaian berdasarkan hasil dan ini akan mula diperkenalkan setelah reformasi ini lengkap lapan langkah yang dibuat.
"Penumpuan yang kita buat sudah pasti pada penyampaian supaya ia dapat hasil yang lebih cepat,pantas tapi masih mengikut tatakelola yang sewajarnya,"
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Tekad RSTU Selangor dan Perhimpunan Penjawat Awam serta perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang di Auditorium Dewan Jubli Perak,Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,di sini hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya,Amirudin turut menekankan keperluan menjadikan prinsip islah iaitu usaha membaiki dan menambah baik sistem sedia ada,sebagai asas dalam perkhidmatan kerajaan,demi memperkukuh keyakinan rakyat.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur