2025-08-04 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,1 Ogos -Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM21.0 bilion berbanding RM16.12 bilion yang disaksikan pada pagi tadi,manakala kecairan dalam dana Islam merosot kepada RM25.10 bilion daripada RM30.15 bilion.
Sebelumnya,bank pusat itu menjalankan tiga tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik semalaman.
Ia juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual beli balik serta kemudahan komoditi bercagar Murabahah dengan tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM21.0 bilion dan tender pasaran wang murabahah berjumlah RM25.1 bilion,kedua-duanya dengan tempoh kematangan tiga hari.
Kadar semalaman Islam Malaysia (MYOR-I) berada pada 2.75 peratus setakat 30 Julai 2025. - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur