2025-08-04 HaiPress

Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid
KUALA LUMPUR 1 Ogos -Keputusan Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar tarif import ke atas Malaysia kepada 19 peratus berbanding 25 peratus yang diumumkan awal bulan lalu,bukti keberkesanan pendekatan diplomasi negara dalam menghadapi kuasa besar dunia.
Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata,langkah itu membuktikan bahawa strategi rundingan yang digerakkan Malaysia telah berjaya menghasilkan keputusan yang positif.
"Ini membuktikan bahawa strategi Malaysia untuk berunding dengan AS telah membuahkan hasil,meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran," katanya kepada pemberita RTM.
White House hari ini memaklumkan kadar baharu tarif itu akan berkuat kuasa serta-merta,susulan siri rundingan tertutup antara wakil perdagangan kedua-dua negara dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Menurut Dr Afzanizam,pengurangan kadar tarif itu bukan sahaja memberi manfaat daripada sudut ekonomi,malah mencerminkan kedudukan Malaysia yang dihormati di peringkat antarabangsa,meskipun Malaysia terus menyatakan pendirian tegas dalam beberapa isu global.
"Malaysia meskipun mempunyai pendirian yang tegas dalam hal-hal tertentu,terutamanya dalam kes situasi di Gaza,namun masih mempunyai keupayaan untuk berunding," jelas beliau.
Tambah beliau,keputusan itu turut membuka ruang kepada rundingan lanjut bagi penambahbaikan lain dalam kerangka perdagangan antarabangsa antara kedua-dua negara.
"Sekiranya perkara ini dapat dirundingkan dengan lebih aktif,maka mungkin tarif ini dapat dikurangkan lagi pada masa akan datang," katanya.
Dr Afzanizam menyifatkan kejayaan ini sebagai satu pencapaian yang wajar dibanggakan dan mampu menyuntik keyakinan baharu kepada Malaysia dalam meneruskan langkah di peringkat global.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur