2025-08-04 HaiPress

Felo Penyelidik Pusat Ekonomi Islam,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Profesor Madya Dr Muhammad Irwan Ariffin ketika dihubungi RTM / Foto RTM
KUALA LUMPUR,2 Ogos - Pengurangan kadar tarif balas oleh Amerika Syarikat ke atas import dari Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus dijangka meningkatkan daya saing eksport negara di pasaran global.
Felo Penyelidik Pusat Ekonomi Islam,Profesor Madya Dr Muhammad Irwan Ariffin berkata,langkah tersebut memberi kelebihan kepada pengeksport tempatan untuk mengekalkan margin keuntungan,di samping mengelakkan pembatalan tempahan sedia ada susulan tekanan kos.
Menurutnya,penurunan kadar tarif secara langsung mengurangkan kos membawa masuk barangan ke pasaran Amerika Syarikat,terutama dalam sektor yang sensitif kepada harga.
“Penurunan ini akan membantu pengeksport Malaysia kekal bersaing dalam pasaran sensitif harga seperti Amerika Syarikat,” katanya ketika dihubungi RTM pada Jumaat.
Jelasnya,sektor eletrik dan eletronik,khususnya semikonduktor,menerima manfaat terbesar apabila dikecualikan sepenuhnya daripada tarif. Langkah ini bukan sahaja mengekalkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global,malah berpotensi memperkukuh peranan negara dalam sektor tersebut.
Dalam pada itu,sektor lain seperti perabot dan getah turut meraih manfaat apabila kadar tarif dikurangkan sebanyak enam peratus. Pengurangan ini menjadikan harga eksport Malaysia kira-kira 4.8 peratus,lebih rendah berbanding kadar asal iaitu 25 peratus,sekali gus membantu mengekalkan daya saing negara di pasaran antarabangsa.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur