2025-08-04 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,4 Ogos - Peruncit tempatan meneruskan aktiviti pembelian bersih di Bursa Malaysia bagi minggu keempat berturut-turut minggu lepas dengan mencatatkan aliran masuk ekuiti bersih berjumlah RM114.4 juta.
Menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB),institusi tempatan pula mengakhiri trend penjualan bersih selama dua minggu apabila bertukar kepada pembeli bersih minggu lepas,dengan aliran masuk sebanyak RM263.7 juta.
''Pelabur asing meneruskan jualan bersih bagi minggu keempat berturut-turut,mencatatkan aliran keluar bersih ekuiti berjumlah RM378.1 juta.
“Jualan bersih dicatatkan pada setiap hari dagangan,dengan aliran keluar antara RM13.2 juta hingga RM142.2 juta,'' jelas MBSB IB dalam Laporan Aliran Dana mingguannya,hari ini.
Menurut bank pelaburan itu,tiga sektor teratas yang mencatatkan aliran masuk asing bersih tertinggi adalah pembinaan (RM107.4 juta),pengangkutan dan logistik (RM93.9 juta) dan REIT (RM12.1 juta).
Manakala,tiga sektor teratas yang mencatatkan aliran keluar asing bersih tertinggi adalah perkhidmatan kewangan (RM245.8 juta),penjagaan kesihatan (RM154.1 juta) dan utiliti (RM114.2 juta).
Sementara itu,purata jumlah dagangan harian mengalami peningkatan secara keseluruhan minggu lepas.
Pelabur asing dan peruncit tempatan masing-masing mencatatkan kenaikan 14.9 peratus dan 2.8 peratus,sebaliknya institusi tempatan mencatatkan penurunan sebanyak 5.0 peratus.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur