2025-08-04 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,4 Ogos – Penurunan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas barangan import dari Malaysia disifatkan sebagai perkembangan positif yang memberi kelegaan kepada perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) tempatan untuk bersaing lebih kompetitif di pasaran global.
Menurut penganalisis korporat dan perniagaan,Mohamad Faisal Abdul Malik,meskipun kadar 19 peratus masih dianggap tinggi,ia satu pencapaian yang lebih baik berbanding kadar asal 25 peratus yang diumumkan sebelum ini.
"PKMS yang sebelum ini tidak mampu bersaing dari segi harga boleh mula mendekati pembeli-pembeli besar termasuk pemborong di pasaran Amerika Syarikat dan terus meneroka ruang eksport," kata beliau ketika dihubungi Berita RTM,di sini.
Menerusi penurunan tarif ini,Malaysia kini setara dengan negara serantau lain seperti Thailand,Indonesia,Filipina dan Kemboja,yang turut dikenakan tarif 19 peratus.
Justeru,penyamaan tarif ini merupakan peluang besar bagi PMKS tempatan untuk bersaing di pasaran AS terutama dalam sektor bernilai tambah memandangkan mereka kini menghadapi halangan tarif yang sama seperti pesaing lain di ASEAN.
Selain,menjadikan PMKS berpotensi menjadi pembekal komponen kepada syarikat multinasional berpangkalan di AS yang secara tidak langsung akan memperkukuh kredibiliti diperingkat global.
Dalam masa sama,beliau turut mencadangkan agar kerajaan membantu dari segi kemudahan dan subsidi pensijilan secara pukal agar dapat meringankan beban kos pematuhan di kalangan PMKS.
Ia bagi membantu PMKS dalam berhadapan dengan kos yang tinggi untuk memenuhi piawaian eksport antarabangsa termasuk pensijilan alam sekitar sertasosial dan tadbir urus (ESG).
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur