2025-08-05 HaiPress

Mesyuarat HLTF-EI ke-48 diadakan bagi memperkukuh integrasi ekonomi serantau/Foto Bernama
KUANTAN,5 Ogos - Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),menganjurkan Mesyuarat Ke-48 Pasukan Petugas Khas Peringkat Tinggi Mengenai Integrasi Ekonomi ASEAN (HLTF-EI) selama dua hari bermula hari ini.
Mesyuarat akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah,Kuantan.
Menyuarat bersama delegasi negara-negara ASEAN itu diadakan bagi memperkukuh integrasi ekonomi serantau dengan fokus kepada keterangkuman dan kelestarian,mengukuhkan komitmen ASEAN terhadap masa depan ekonomi yang berdaya tahan dan berwawasan.
Ketua Setiausaha MITI,Dato Hairil Yahri Yaacob selaku pengerusi menyuarat berkenaan memaklumkan,perbincangan itu telah mengumpulkan pembuat dasar utama dan pegawai ekonomi dari seluruh Asia Tenggara untuk membincangkan perkembangan ekonomi serantau dan global.
Antara isu utama yang dibincangkan adalah Kemajuan mengenai Keberhasilan Utama Ekonomi (PED),menilai pelaksanaan Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025 dan persiapan Pengerusi ASEAN yang akan datang di Filipina pada tahun 2026.
Turut ditekankan,komitmen negara untuk memajukan integrasi serantau melalui dasar ekonomi yang inklusif dan mampan.
Selain mesyuarat HLTF-EI,Dialog Analisis antara ASEAN-United Kingdom (UK) akan turut dianjurkan melibatkan HLTF-EI dan pegawai kanan ekonomi UK termasuk ketua ahli ekonomi Pejabat Luar,Komanwel dan Pembangunan UK.##
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur