2025-08-05 HaiPress

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,5 Ogos - Sebanyak 37 kampung tradisi telah dikenal pasti di ibu negara di bawah Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040),dengan 31 daripadanya melibatkan komuniti majoriti Melayu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata kerajaan komited memastikan kesinambungan warisan dan penempatan masyarakat Melayu bandar di tengah-tengah arus pembangunan ibu kota.
“Sebanyak 37 penempatan tradisi atau kampung telah dikenal pasti di Kuala Lumpur. Daripada jumlah tadi,31 kampung dengan ukuran keluasan 1,660.12 hektar,terdiri daripada penduduk majoriti Melayu dan daripada kesemua kampung Melayu ini,11 kampung dengan luas 701.95 hektar berada dalam kawasan Rizab Melayu,” kata Datuk Seri Dr. Zaliha menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jasin,Zulkifli Ismail dalam Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata,kesemua kampung itu diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu Kampung Tradisi,Kampung Potensi Pembangunan dan kampung-kampung lain termasuk Kampong Bharu.
Di bawah Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) pula,sebanyak dua kategori zon pembangunan juga diperkenalkan iaitu TV1 dan TV2,khusus bagi Rizab Melayu Gombak seperti Kampung Padang Balang dan Kampung Puah Asal.
Dalam usaha menjaga kepentingan komuniti Melayu,kerajaan telah meningkatkan kuota pemilikan Bumiputera sejak tahun lalu.
“Penetapan peratusan kuota Bumiputera telah dipertingkatkan semenjak tahun 2023 kepada minimum 40 peratus bagi projek persendirian dan minimum 70 peratus bagi projek kerajaan atau usaha sama.
"Bagi Rizab Melayu pula,pematuhan pemilikan sepenuhnya 100 peratus mestilah kepada kaum Melayu tanpa sebarang kompromi,” tegasnya.
Tambahnya,kerajaan turut sedang meneroka cadangan untuk memperkenalkan komponen pembangunan mampu milik khas untuk Melayu di tanah Rizab Melayu dan Malay Agricultural Settlement (MAS) sebagai strategi jangka panjang.
“Antara strategi yang sedang diteroka adalah bagi setiap pembangunan di Tanah Rizab Melayu dan juga tanah Malay Agriculture Settlement (MAS) di Wilayah Persekutuan,komponen (i) Rumah Mampu Milik Melayu,(ii) Kedai Mampu Milik Melayu,dan (iii) Perindustrian Ringan Mampu Milik Melayu akan diperkenalkan,” katanya.
Cadangan itu masih di peringkat awal kajian dan akan dirujuk kepada pertimbangan Jemaah Menteri sebelum dilaksanakan sepenuhnya.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur