2025-08-05 HaiPress

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,5 Ogos – Sektor kewangan negara kini diangkat sebagai antara sektor strategik bernilai tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13),sejajar aspirasi kerajaan untuk beralih kepada ekonomi berasaskan penciptaan nilai.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,peranan sektor kewangan perlu melangkaui fungsi tradisional kepada pemacu inovasi dan penyumbang utama kepada kemakmuran ekonomi yang mampan.
"Di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13),sektor kewangan dikenal pasti dan diiktiraf sebagai salah satu daripada 17 sektor strategik yang mempunyai pertumbuhan tinggi,nilai tinggi serta impak besar,bagi menyokong kepelbagaian ekonomi negara.
"Sehubungan itu,sistem kewangan perlu berkembang menjadi pemangkin kepada peralihan Malaysia ke arah ekonomi berasaskan penciptaan nilai melalui pemupukan budaya inovasi",katanya ketika menyampaikan Ucapan Khas sempena MyFintech Week 2025 anjuran Bank Negara Malaysia di Sasana Kijang,hari ini.
Tambahnya,pelaksanaan agenda pembangunan negara memerlukan komitmen teguh dan kerjasama merentas sektor,termasuk pemain industri kewangan,pelabur,institusi pendidikan serta agensi pengawal selia.
Datuk Seri Amir Hamzah yang memangku Menteri Ekonomi,turut memperkenalkan agenda F-I-N-D sebagai tonggak hala tuju baharu sektor kewangan,merangkumi pendekatan untuk memupuk inovasi,melabur secara berani,membina bakat masa depan dan mendemokrasikan akses kepada kewangan.
Antara inisiatif yang digariskan termasuk pendanaan berimpak tinggi menerusi dana GEAR-uP bernilai RM120 bilion,selain pelaburan dalam pembangunan bakat melalui penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia serta penubuhan Pusat Kriptologi Nasional.
Infrastruktur digital negara turut diperkasa menerusi pelaksanaan MyDigital ID,sistem pembayaran masa nyata DuitNow,serta perluasan inisiatif kewangan sosial seperti iTEKAD.
Pada masa sama,kerajaan juga menerajui usaha bersepadu menangani jenayah kewangan dan penipuan digital melalui pelancaran National Fraud Portal.
MyFintech Week 2025 menghimpunkan penggubal dasar,pemain teknologi kewangan (fintech),institusi kewangan serta komuniti inovator untuk bersama-sama merangka masa depan kewangan negara yang lebih inklusif,mampan dan berdaya tahan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur