2025-08-05 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,4 Ogos - Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini,diheret turun oleh pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS,kata seorang peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran juga turut terjejas oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang terkini.
“Institut Pengurusan Bekalan (ISM) melaporkan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan AS menurun kepada 48.0 pada Julai daripada 49.0 pada Jun disebabkan tarif yang telah meningkatkan harga import bahan mentah,” katanya kepada Bernama.
Beliau juga berkata laporan pekerjaan yang dipantau rapi oleh Jabatan Buruh AS menunjukkan kadar pengangguran meningkat kepada 4.2 peratus pada bulan lalu berikutan pekerjaan isi rumah yang menurun.
Bagaimanapun,penurunan selanjutnya dikekang oleh kenaikan harga minyak mentah,kata beliau.
“Harga minyak meningkat sedikit dan mengurangkan penurunan awal apabila peniaga menjangkakan pasaran akan dapat menyerap satu lagi peningkatan besar dalam pengeluaran oleh OPEC+ pada September.
"Kebimbangan mengenai gangguan ke atas penghantaran minyak Rusia ke pengimport utama India,turut memberikan sokongan,” katanya.
Pada 3 petang,Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) menurun enam sen kepada 709 sen sekilogram,manakala lateks pukal susut dua sen kepada 565 sen sekilogram.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur