2025-08-05 HaiPress

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Ewon Benedick
KUALA LUMPUR,4 Ogos – Kerajaan memantau kesan pelaksanaan tarif 19 peratus oleh Amerika Syarikat ke atas produk Malaysia yang dijangka memberi impak kepada perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) tempatan,khususnya yang terlibat dalam pasaran eksport ke negara itu.
Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Ewon Benedick,walaupun sesetengah sektor seperti semikonduktor dikecualikan daripada tarif berkenaan,pemantauan rapi sedang dilakukan terhadap beberapa sektor eksport utama seperti makanan dan minuman,elektrikal dan elektronik,logam dan perabot.
Antara langkah awal yang telah diambil termasuk sesi libat urus bersama pihak industri bagi mendapatkan pandangan dan input dalam menangani isu tersebut.
“Untuk cadangan intervensi,kita telah mengadakan libat urus awal dengan Dewan Perniagaan Antarabangsa dan mengambil input mereka untuk saya bincangkan bersama dengan Menteri Kewangan II. Ia berkaitan dengan cadangan insentif bagi syarikat-syarikat PMKS yang dijangka terkesan," katanya di sidang media Pengumuman Prestasi PMKS 2024.
Sesi bersama Menteri Kewangan II itu dijadual diadakan pada 14 Ogos ini bagi membincangkan cadangan intervensi termasuk insentif khas tersebut untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2026.
Katanya lagi,strategi jangka panjang kerajaan adalah untuk membantu PMKS meneroka pasaran baharu menerusi pelbagai perjanjian perdagangan bebas sedia ada,termasuk negara yang dikenal pasti sebagai pasaran berpotensi tinggi.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur