2025-08-05 HaiPress

Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil,bercakap kepada media pada Forum Ketua Pegawai Sumber Manusia dari seluruh negara,di sini/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,5 Ogos - Majlis Konsultansi Belanjawan 2026 dijadual diadakan pada Khamis ini bertujuan mengumpulkan maklum balas pihak industri bagi merangka Belanjawan 2026 yang dijangka dibentangkan pada Oktober nanti.
Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil berkata,sesi libat urus pertama itu menjadi sebahagian usaha Kerajaan MADANI dalam memastikan Belanjawan 2026 selari dengan keperluan dan aspirasi rakyat.
"Mengambil kira inisiatif sedang berjalan dan dasar sedang dilaksanakan tetapi dirangkumkan dengan situasi geopolitik dan cabaran-cabaran semasa.
"Jadi Kerajaan MADANI adalah kerajaan mendengar dan kita akan lebihkan masa untuk turut memahami bukan hanya sekadar denyut nadi rakyat tetapi juga dalam kalangan Perusahaan Mikro,Kecil dan Sederhana (PMKS) yang merupakan denyut nadi ekonomi negara. Secara umumnya PMKS menyumbang lebih 70 peratus pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Jadi penting kerajaan fahami isu-isu yang dihadapi," katanya.
Datuk Fahmi ditemui selepas hadir merasmikan Forum Ketua Pegawai Sumber Manusia dari seluruh negara,di sini.
Turut hadir pada forum berkenaan Menteri Belia dan Sukan,Hannah Yeoh.
Mengulas lanjut katanya,kerajaan akan terus memperhebat sesi libat urus dengan pelbagai pihak dalam merangka Belanjawan 2026.
"Ini termasuklah juga saranan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada semua kementerian untuk melakukan sesi libat urus dengan Kementerian Kewangan untuk menyatakan bahawa berdasarkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) yang akan diluluskan minggu hadapan,maka bagi 'Rolling Plan' pertama 2026 apakah perkara-perkara tertentu perlu diberi keutamaan dalam Belanjawan MADANI 2026," ujar beliau lagi.
Tambah Datuk Fahmi,sesi libat urus Belanjawan 2026 akan berlangsung sehingga draf akhir belanjawan disiapkan.
Berdasarkan takwim Dewan Rakyat dalam laman sesawang Parlimen Malaysia,Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dijadualkan membentangkan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober 2025.
Menyentuh mengenai penganjuran forum berkenaan,beliau menyatakan pandangannya berhubung cabaran dan kelebihan sekiranya syarikat-syarikat terlibat mengadaptasi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pengoperasian syarikat mereka di samping kepentingan untuk mewujudkan jaringan komunikasi yang berkesan dalam urusan dalaman mahupun luaran syarikat.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur