2025-08-07 HaiPress

Foto- FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
PUTRAJAYA,6 Ogos - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,hari ini menerima kunjungan hormat Ketua Hakim Negara yang baharu,Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh,di pejabatnya.
Pertemuan itu membincangkan pelbagai isu penting,termasuk kepentingan memperkukuh institusi kehakiman yang bebas,berintegriti dan diyakini rakyat sebagai tunjang negara hukum yang adil dan saksama.
Dalam hantaran di Facebook,Datuk Seri Anwar mengucapkan tahniah atas pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid dan menyatakan harapan agar amanah besar yang dipikul dapat digalas dengan penuh hikmah serta kebijaksanaan demi menjayakan aspirasi Malaysia yang lebih adil dan maju.
Pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid sebagai Ketua Hakim Negara mencerminkan komitmen terhadap kelangsungan sistem perundangan yang bebas dan profesional.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur