2025-08-07 HaiPress

Foto hiasan
CYBERJAYA,6 Ogos - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan segera menyiasat kenyataan penafian Ahli Parlimen Pagoh,Tan Sri Muhyiddin Yassin,terkait dakwaan mempertahankan hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.
Dalam kenyataan hari ini,menurut MCMC pihaknya akan menyiasat perkara itu berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada.
"MCMC mengambil maklum kenyataan media Pejabat Perdana Menteri supaya siasatan dijalankan berhubung satu dakwaan yang telah dinafikan Ahli Parlimen Pagoh.
"MCMC mengingatkan orang ramai untuk tidak menyalahgunakan platform media sosial untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih," menurut MCMC.
Terdahulu,Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,telah mengarahkan MCMC untuk menyiasat kenyataan penafian itu,selaras dengan prinsip kerajaan yang menjunjung ketelusan dan bertanggungjawab.
Semalam,Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat dilaporkan berkata beliau menerima laporan ada Ahli Parlimen daripada blok pembangkang yang mempertahankan hak warga asing dalam mendapat manfaat penyelarasan subsidi.
Sehubungan dengan itu,Tan Sri Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri menerusi satu perkongsian di media sosialnya menafikan beliau pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang membawa maksud mempertahankan hak warga asing dalam penyasaran subsidi RON95.
Beliau berkata Perikatan Nasional (PN) konsisten sejak dahulu bahawa manfaat pelaksanaan subsidi harus diberikan keutamaan terhadap kepentingan rakyat. - BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur