2025-08-07 HaiPress

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu,ACP Kasim Muda (kanan)/Foto BERNAMAA
KOTA KINABALU,6 Ogos - Kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diperkukuh sebagai usaha membendung peningkatan gejala sosial dalam kalangan pelajar. Antaranya,salah laku seksual,buli,penyalahgunaan dadah,gengsterisme,dan perlakuan ganas.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu,ACP Kasim Muda berkata,kebanyakan pelajar hari ini terdedah kepada pengaruh negatif menerusi media sosial yang digunakan secara bebas dan tanpa kawalan.
"Kita memang tekankan kes buli sekarang ni sebab ada tiga jenis buli saya sebut tadi,buli yang fizikal secara lisan dan secara cyber. Kita masukkan tiga buli itu dan kita akan tekankan buli ni sekarang.
"Saya akan bincang nanti dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk sama-sama kita tangani masalah ini," tegasnya.
Beliau ditemui media dalam Mesyuarat Permuafakatan bersama pihak PPD Kota Kinabalu,di IPD Kota Kinabalu.
Beliau menegaskan satu pelan tindakan menyeluruh dan kolaboratif melibatkan pihak polis,sekolah,ibu bapa dan komuniti diperlukan untuk membentuk ekosistem pendidikan yang selamat dan sejahtera.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada PPD atas komitmen berterusan memperkukuh sinergi bersama PDRM demi kesejahteraan warga sekolah.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur