2025-08-07 HaiPress

FOTO Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
MOSCOW,7 Ogos - Hubungan antara Moscow dan Kuala Lumpur berada pada tahap yang baik dengan komunikasi berterusan antara pelbagai agensi kerajaan,kata Presiden Rusia Vladimir Putin semasa pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,menurut laporan agensi berita TASS.
Putin menyambut mesra keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan delegasi Seri Paduka Baginda ke Kremlin,sambil menekankan bahawa kedua-dua negara telah menjalin hubungan diplomatik selama hampir enam dekad.
“Dialog politik berada pada tahap yang baik. Kita berkomunikasi di peringkat kerajaan dan parlimen serta sentiasa berhubung,” kata Putin.
“Seperti yang saya nyatakan,kita sentiasa berhubung menerusi pelbagai jabatan. Pemimpin kerajaan melawat negara kita,dan saya juga mempunyai hubungan baik dengan mereka,” tegas beliau.
Presiden Rusia itu turut memuji peranan Malaysia dalam Kumpulan Pembangunan Strategik Rusia-Dunia Islam yang disifatkannya sebagai “alat kerjasama yang berkesan dan platform persefahaman bersama antara Rusia dan negara-negara Islam.”
Dalam pertemuan itu,Putin berkata beliau telah mengunjungi Malaysia sebanyak tiga kali dan menyimpan kenangan manis sepanjang lawatan itu.
“Saya tidak perlu menyebut tentang keindahan alam semula jadinya yang luar biasa. Kami sentiasa disambut dengan mesra dan penuh penghormatan. Saya dan para delegasi yang pernah ke negara Tuanku sentiasa mengenangnya dengan penuh rasa terima kasih.”
Beliau percaya lawatan negara Sultan Ibrahim ke Rusia akan membuahkan hasil yang bermakna.
“Namun begitu,saya berharap Tuanku dan para anggota delegasi akan berpeluang mengenali Moscow sebuah daripada metropolis yang paling pesat membangun dan penuh dengan kehidupan di dunia,” katanya mengakhiri ucapan.- BERNAMA-TASS
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur