2025-08-07 HaiPress

Datuk Dr. Mohd Na’im berucap pada Majlis Apresiasi Peserta MTHQA Ke-65 Tahun 1447H/2025M di ibu negara
KUALA LUMPUR,7 Ogos – Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke-65 mencatat keunikan tersendiri apabila menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan kurang upaya (OKU).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata,kekurangan fizikal tidak menjadi penghalang kerana setiap insan memiliki kelebihan tersendiri yang merupakan kurniaan Allah SWT.
“Benarlah sebagaimana disebut dalam al-Quran bagaimana Allah SWT menjadikan manusia lelaki,perempuan,berbilang bangsa dan kabilah dengan pelbagai keunikan serta kemahiran. Ada yang sempurna,ada yang kurang sempurna dari sudut fizikal,namun Subhanallah,Allah memberi kemampuan menghafal dan membaca al-Quran dengan baik,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Apresiasi Peserta MTHQA Ke-65 Tahun 1447H/2025M di ibu negara.
Datuk Dr. Mohd Na’im turut menzahirkan penghargaan kepada semua rakan strategik yang menjayakan penganjuran kali ini termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM),Jabatan Kerja Raya (JKR),Kementerian Luar Negeri dan pihak media.
MTHQA ke 65 melibatkan 71 orang peserta dari 49 buah negara termasuklah seorang OKU penglihatan dan autisme masing-masing dari negara Mesir dan Maldives.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur