2025-08-07 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,5 Ogos - Bank Negara Malaysia (BNM),Bank Indonesia (BI) dan Bank of Thailand (BOT) melantik beberapa bank perdagangan tambahan yang layak mengoperasikan Rangka Kerja Transaksi Mata Wang Tempatan (LCTF).
Menerusi kenyataan bersama ketiga-tiga bank berkenaan,pelantikan itu bertujuan untuk memperluas kemudahan penyelesaian urus niaga rentas sempadan dalam mata wang tempatan bagi perdagangan dan pelaburan antara ketiga-tiga negara.
"Inisiatif ini susulan beberapa penambahbaikan terhadap LCTF yang diumumkan pada 17 Februari lalu.
''Menerusi rangkaian Peniaga Rentas Mata Wang yang dilantik (ACCD),akses pasaran kepada kecairan mata wang tempatan dapat dipertingkat,di samping memperluas capaian pelanggan dan menyediakan lebih banyak pilihan transaksi rentas sempadan untuk perniagaan," menurut kenyataan bersama itu.
Menerusi LCTF Malaysia-Indonesia,bank-bank Malaysia yang baharu dilantik ialah AmBank (M) Bhd,Bank of China (Malaysia) Bhd,OCBC Bank Malaysia Bhd,Standard Chartered Bank Malaysia Bhd dan Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Bhd.
Manakala bank-bank dari Indonesia termasuk PT Bank Danamon Indonesia Tbk,PT Bank OCBC NISP Tbk,PT Bank Pembangunan Daerah Jawa Timur Tbk dan Bank of China (Hong Kong) Ltd (Cawangan Jakarta).
Bagi LCTF Malaysia-Thailand,lima bank Malaysia yang dilantik adalah AmBank,Bank of China (Malaysia),Hong Leong Bank,OCBC Bank dan Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia,bersama sebuah bank Thailand iaitu Bank of China (Thai) Public Company Ltd.
Sementara itu,bagi LCTF Indonesia-Thailand,pelantikan melibatkan PT Bank OCBC NISP Tbk dan Bank of China (Hong Kong) Ltd (Jakarta) dari Indonesia,serta Bank of China (Thai) Public Company Ltd dari Thailand.
Senarai penuh bank-bank yang dilantik boleh diperoleh menerusi laman rasmi BNM: https://bnm.gov.my/accds-list.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur