2025-08-07 HaiPress

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,5 Ogos - Cadangan pelaksanaan skim pencen bulanan bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih di peringkat kajian dan belum dimuktamadkan.
Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,perkara itu telah dijelaskan oleh KWSP yang menyatakan sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas sesi libat urus menyeluruh dengan pihak berkepentingan.
"Dari segi dasarnya,jika kita boleh beralih kepada sistem yang membolehkan simpanan berkembang dan dibayar secara bulanan,ia mungkin lebih baik untuk negara kerana ia menjamin pesara akan mempunyai simpanan mencukupi bila tiba waktunya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2025,di ibu negara hari ini.
Cabaran utama yang dihadapi ketika ini adalah ramai pencarum menghabiskan simpanan KWSP dalam tempoh yang singkat selepas persaraan,dan seterusnya tidak mempunyai perlindungan kewangan mencukupi pada usia tua.
"Oleh itu,perkara paling penting ialah kita lakukan kajian secara menyeluruh dan teliti. Hanya selepas kajian itu selesai dan mendapat kelulusan,barulah kita boleh laksanakan cadangan ini," katanya lagi.
Menerusi kajian itu,kerajaan turut meneliti kaedah pelaksanaan untuk sistem berkenaan dapat dilaksanakan secara praktikal dan berkesan.
Menurut beliau skim pencen bulanan itu juga hanya dicadangkan untuk pencarum baharu KWSP,manakala ahli sedia ada akan diberikan pilihan sama ada untuk menyertainya atau tidak.
Sebelum ini,Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan pihaknya sedang meneliti cadangan kerajaan untuk memperkenalkan skim bayaran pencen secara bulanan kepada ahlinya seperti terkandung dalam laporan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur