2025-08-07 HaiPress

Video Korporat InvestKL
KUALA LUMPUR,6 Ogos - Agensi pelaburan utama bagi Greater Kuala Lumpur,InvestKL memperoleh komitmen pelaburan berjumlah RM2.8 bilion bagi separuh pertama tahun 2025.
Menerusi aliran masuk pelaburan itu,lima hab serantau baharu dibangunkan dan 1,197 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi diwujudkan dengan purata gaji
eksekutif melebihi RM11,700 sebulan.
Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL,Datuk Muhammad Azmi Zulkifli berkata,pencapaian tersebut mengukuhkan lagi kedudukan Greater KL sebagai destinasi strategik bagi syarikat global dalam perkhidmatan bernilai tinggi dan dipacu inovasi.
''Pelaburan ini mencerminkan keyakinan berterusan terhadap asas ekonomi Malaysia yang kukuh dan hasil positif dalam usaha meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan di rantau ini.
''Kami juga menyaksikan momentum yang kukuh dalam pelaburan berasaskan kecerdasan buatan,digital dan teknologi. Ini membuktikan tumpuan strategik Malaysia terhadap aktiviti bernilai tinggi dan berasaskan inovasi yang akan menjamin daya saing serta ketahanan ekonomi jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pencapaian itu menjadikan jumlah keseluruhan pelaburan InvestKL sejak penubuhannya melebihi 150 hab perkhidmatan global dan 31,000 pekerjaan berkemahiran tinggi.
'Ini selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI,Aspirasi Pelaburan Nasional,Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030,serta Rancangan Malaysia Ke-12 dan Rancangan Malaysia Ke-13,yang menekankan pertumbuhan yang dipacu perkhidmatan,inovasi dan pembangunan inklusif.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur