2025-08-08 HaiPress

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ Malaysia,Muhammad Kifli Ma Hassan
KUALA LUMPUR,7 Ogos - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan tegas,termasuk melucutkan hak milik kenderaan syarikat dan pengendali berlesen yang menggajikan pemandu warga asing untuk mengendalikan kenderaan perdagangan,berkuat kuasa,hari ini.
Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ Malaysia,Muhammad Kifli Ma Hassan berkata,tindakan itu melibatkan kenderaan seperti lori,kenderaan perkhidmatan awam (KPA) dan bas persiaran yang menggunakan khidmat pemandu warga asing bagi tujuan perkhidmatan.
Mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa,warga asing tidak layak memegang Lesen Vokasional seperti Lesen Kenderaan Barangan (GDL) atau Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV),dan sebarang ketidakpatuhan terhadap peraturan itu dianggap sebagai satu kesalahan serius.
"Dalam hal ini,tindakan penguatkuasaan boleh diambil mengikut Seksyen 22,41 dan 57 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 kerana melanggar syarat permit,serta Seksyen 80 akta sama.
"...yang membenarkan pegawai pengangkutan jalan menyita kenderaan di mana-mana tempat dan membawanya ke mahkamah untuk tujuan pelucuthakan sekiranya syarikat perdagangan disabitkan dengan kesalahan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Stesen Penguatkuasaan JPJ di sini hari ini.
Langkah itu diambil berikutan peningkatan trend syarikat dan pengendali berlesen mengambil warga asing sebagai pemandu dengan gaji sekitar RM2,500 sebulan,selain kerap terlibat dalam pelanggaran undang-undang berulang.
Menerusi operasi yang dijalankan di Selayang semalam,Muhammad Kifli memaklumkan JPJ mengesan seorang pemandu lori warga asing yang didapati menggunakan MyKad serta lesen memandu palsu.
Sementara itu,seorang pemandu lori warganegara Indonesia diberkas di Sungai Pusu,Gombak selepas didapati memandu tanpa memiliki sebarang dokumen pengenalan diri,dan seterusnya diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur untuk tindakan susulan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur