2025-08-08 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap dalam majlis Sembang Santai Teh Tarik Industri Gig di WTCKL
KUALA LUMPUR,7 Ogos - Tahap pencaruman bagi perlindungan sosial dalam kalangan pekerja ekonomi gig masih rendah,meskipun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,meskipun pada peringkat awal kerajaan menggalakkan pencaruman dilakukan secara sukarela,masih ramai yang tidak melaksanakannya,terutama pekerja dalam sektor e-hailing.
"Kita pada peringkat awalnya menggalakkan untuk pencaruman itu dilakukan,tetapi sekiranya tidak ada pencaruman,kita akan mencari jalan supaya caruman dapat dibuat kerana ia adalah untuk kepentingan individu yang mencarum. Kita harap ada satu kempen secara besar-besaran akan terus dilakukan oleh PERKESO," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Sembang Santai Teh Tarik Industri Gig yang menghimpunkan lebih 400 pekerja pelbagai platform ekonomi gig.
Setakat ini,hanya 132,000 daripada 1.12 juta pekerja e-hailing telah mencarum dengan PERKESO,angka yang dilihat masih belum memadai.
Berikutan itu,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mencadangkan agar satu dana khas ditubuhkan bawah Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGIM) bagi memberi bantuan kepada pekerja yang tidak mampu mencarum atau mengalami kehilangan keupayaan bekerja.
"Kami merasakan bahawa apabila ada cadangan peluncuran dana,maka SEGIM akan melihat mengenai pewujudan dana untuk dibayar sama ada secara sekali bayar ataupun pembayaran secara berperingkat yang akan difikirkan oleh SEGIM," katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur