2025-08-08 HaiPress

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
MOSCOW,7 Ogos - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat dan melawat Pusat Pembangunan Teknologi Automotif Rusia (NAMI) di sini,bagi meninjau kemajuan teknologi automotif Rusia.
Keberangkan tiba Seri Paduka Baginda disambut Ketua Pegawai Eksekutif NAMI Fedor Nazarov.
Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Pengiring,Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai.
Lawatan itu dimulakan dengan taklimat oleh Nazarov serta tayangan video mengenai NAMI,sebuah institut kejuruteraan dan sains automotif terulung Rusia,yang ditubuhkan pada tahun 1918 sebagai makmal penyelidikan automotif pertama negara itu.
Kini,NAMI merupakan antara pusat ujian automotif terbesar di Eropah,lengkap dengan kemudahan makmal,litar ujian dan zon khas untuk kenderaan berautonomi.
Antara projek utama institut tersebut ialah pembangunan rangkaian kenderaan mewah Aurus,yang direka dan dikeluarkan di fasiliti NAMI.
Seri Paduka Baginda menunjukkan minat yang mendalam terhadap operasi institut itu,model kenderaan serta proses pengeluarannya,sambil mengajukan pelbagai soalan sepanjang lawatan itu.
Sultan Ibrahim kemudiannya melawat ruang pameran bersama Timbalan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Rusia Albert Karimov,sebelum meninjau kilang pemasangan.
Sebelum mengakhiri lawatan,Seri Paduka Baginda sempat memandu uji kenderaan Aurus Senat.
Sultan Ibrahim kini berada di Moscow bagi lawatan negara ke Rusia atas jemputan Presiden Vladimir Putin. -BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur