2025-08-08 HaiPress

Fadhlina Sidek/ BERNAMA
BUKIT MERTAJAM,7 Ogos - Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan bahawa sekolah berasrama penuh bawah kementerian itu kekal selamat untuk para pelajar.
Menteri pendidikan,Fadhlina Sidek,berkata ibu bapa tidak perlu risau untuk menghantar anak ke sekolah asrama kerana aspek keselamatan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa.
"Dalam konteks ini saya ingin memberi jaminan kepada bapa bahawa sekolah-sekolah ini masih lagi selamat. Kita sentiasa mempertingkatkan soal-soal atau keselamatan dan juga tambah baik dalam semua aspek dalam memastikan sekolah ini selamat.
"Selain dapat memberikan impak pada pendidikan anak-anak. Jadi jadi jangan risau,kita sentiasa tambah baik apa sahaja yang dilihat sebagai langkah-langkah untuk terus memperkukuh ekosistem sekolah berasrama kita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Cek Cura kepada Sekolah Autistik kepada 12 sekolah terpilih di Sekolah Sinar Harapan,di sini.
Kementerian sentiasa berusaha memperkukuh ekosistem sekolah asrama agar ia bukan sahaja menjadi tempat selamat,malah mampu memberikan impak positif kepada perkembangan pendidikan pelajar.
Kenyataan itu dibuat susulan kebimbangan sesetengah pihak berikutan beberapa insiden keselamatan yang tular sebelum ini.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur