2025-08-08 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR,7 Ogos - Acara perniagaan memainkan peranan penting untuk membantu Malaysia mencapai sasaran ketibaan 35.6 juta pelancong dan janaan hasil sebanyak RM147 bilion semasa Tahun Melawat Malaysia 2026,serta sumbangan 16 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada sektor pelancongan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,acara perniagaan dilihat sebagai antara pemacu utama dalam merealisasikan sasaran tersebut memandangkan kumpulan pelawat dalam segmen ini merupakan pelancong bernilai tinggi.
"Mereka tinggal lebih lama,berbelanja lebih banyak,kerap kembali ke Malaysia dan selalunya datang semula bersama keluarga. Namun yang lebih penting,mereka turut membawa bersama idea,pelaburan dan pengaruh," katanya dalam ucapan pada majlis Makan Malam Gala,Anugerah Acara Perniagaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Bagi menyokong agenda ini,kerajaan mengambil beberapa langkah konkrit,termasuk menyelaras kemudahan visa terutamanya untuk pelawat berfrekuensi tinggi,menaik taraf lapangan terbang utama dan pusat konvensyen bagi memenuhi piawaian global.
Di samping itu,kerjasama turut diperkukuh antara Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya (MOTAC) dengan Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) dan Persatuan Penganjur dan Pembekal Konvensyen dan Pameran (MACEOS).
Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid,sejak sedekad lalu,Malaysia telah menganjurkan lebih tiga ribu acara perniagaan yang menjana impak ekonomi kira-kira RM18 bilion.
Namun beliau mengakui infrastruktur sahaja tidak mencukupi untuk mencapai matlamat tersebut.
Peneraju industri perlu turut menyumbang idea,membina platform dan memanfaatkan jaringan global bagi memperkukuh jenama Malaysia di mata dunia,selain membangunkan bakat baharu dan memacu inovasi dalam ekosistem acara perniagaan negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur