2025-08-08 HaiPress

Foto RTM
PUTRAJAYA,8 Ogos – Program Pentarama Homecoming yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 5(1) hari ini merupakan sebahagian daripada siri jelajah yang menyasarkan 88 sekolah di seluruh negara pada tahun ini.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi,Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa,inisiatif yang memasuki tahun kedua penganjuran itu bertujuan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar,khususnya bersempena Bulan Kebangsaan.
“Selain menggalakkan pengibaran Jalur Gemilang sepanjang bulan kemerdekaan,kita turut mengadakan taklimat ringkas bagi memaklumkan dasar dan inisiatif kerajaan supaya pelajar mendapat maklumat yang tepat,” katanya ketika ditemui selepas program tersebut.
Beliau memaklumkan sekolah hari ini merupakan lokasi ke-64 yang disinggahi daripada keseluruhan sasaran 88 sekolah.
Program itu juga diadakan dengan kerjasama pelbagai kementerian termasuk Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan Tinggi,meliputi segmen kesedaran kesihatan,pendidikan,dan perpaduan.
Turut hadir,Ketua Pengarah Jabatan Penerangan,Julina Johan.
Datuk Seri Mohamad Fauzi menegaskan,usaha berterusan seperti itu penting untuk membangkitkan semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur