2025-08-08 HaiPress

Konvoi KMJG 2025 peringkat Kedah berlangsung meriah dan diteruskan dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada KMJG Perak,hari ini.
ALOR SETAR,8 Ogos - Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 peringkat negeri Kedah berlangsung meriah sebelum simbolik penyerahan Jalur Gemilang dilakukan kepada KMJG Perak,hari ini.
Pengarah Jabatan Penerangan Kedah,Nurazila Azizan berkata,pelbagai acara dianjur sepanjang KMJG 2025 di negeri itu.
Ia termasuk menyantuni masyarakat Orang Asli di Lubuk Legong,Baling sebagai tanda perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dalam menyemarakkan semangat patriotik.
“Alhamdulillah,sambutan masyarakat sangat menggalakkan.
"Sepanjang perjalanan,konvoi disambut oleh murid sekolah rendah dan pra sekolah,menunjukkan semangat cintakan negara sudah disemai sejak kecil lagi,” katanya kepada media selepas program KMJG 2025 di SMK Dato Syed Omar,di sini.
Sepanjang jelajah di Kedah,konvoi singgah di beberapa lokasi pelancongan dan mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat yang turut mengibarkan Jalur Gemilang.
Program turut dimeriahkan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik,deklamasi puisi kenegaraan,persembahan muzik dan tarian tradisional di setiap lokasi persinggahan.##
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur