2025-08-08 HaiPress

Tan Sri Rastam Mohd Isa,Pengerusi FGV menyantuni pengunjung Festival FGV/Foto FGV
KUALA LUMPUR,7 Ogos – Lebih 2.1 juta pengunjung direkodkan sepanjang lima hari penganjuran Festival FGV 2025 yang melabuhkan tirainya pada 3 Ogos lalu.
Festival anjuran FGV Holdings Berhad (FGV) itu sekali gus mencerminkan kerjasama strategik antara kerajaan,syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan komuniti peneroka.
Festival diadakan sempena Hari Peneroka FELDA 2025 di Karnival Mega 3 Dimensi (MK3D) dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW),Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV,Fakhrunniam Othman berkata,lebih 70 peratus bekalan buah tandan segar (BTS) diperoleh daripada peneroka FELDA dan pekebun kecil.
"Hubungan ini melangkaui angka semata-mata,tetapi amanah besar yang terus menjadi nadi dalam setiap langkah transformasi kami. Peneroka bukan sekadar pembekal buah tandan sawit (BTS) mereka adalah rakan kongsi strategik dalam kejayaan dan masa depan FGV.
"Festival ini memberi ruang untuk kami menyantuni mereka,mendengar secara langsung dan membina kepercayaan yang lebih kukuh,” katanya dalam kenyataan di sini,hari ini.
Festival itu turut menyaksikan pelancaran beberapa produk baharu bagi meningkatkan kecekapan operasi perladangan.
FGV turut menjalin kerjasama strategik dengan Universiti Malaysia Kelantan dan Ditrolic Energy.
Antaranya melibatkan pemasangan sistem solar photovoltaic (PV) di 11 operasi yang dijangka mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 72,000 tan metrik setahun.
Sementara itu,aspek pendidikan turut diperkasa menerusi pelancaran EduGames,permainan mudah alih yang mempromosikan pertanian lestari dan amalan ESG.
Pelbagai program interaktif seperti pertandingan Perajurit Dapur,demonstrasi masakan selebriti,segmen media sosial serta acara tradisional turut memeriahkan suasana,menjadikan festival ini platform menyeluruh yang menyatukan pendidikan,teknologi dan komuniti.
Sebelum ini RTM melaporkan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Karnival Mega 3 Dimensi (MK3D) 2025 pada 2 Ogos lalu.
Datuk Seri Anwar,dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkesempatan hadir melawat reruai FGV.
“Kehadiran pemimpin negara memberi isyarat jelas bahawa masa depan FELDA dan FGV merupakan agenda penting dalam pembangunan negara,” tambah katanya
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur