2025-08-08 HaiPress

Datuk Mohamad Helmy Othman Basha
KUALA LUMPUR,7 Ogos – SD Guthrie Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM1.07 bilion untuk separuh pertama tahun kewangan 2025,meningkat daripada RM626 juta pada tempoh sama tahun lalu.
Pendapatan juga meningkat kepada RM9.99 bilion daripada RM9.31 bilion sebelumnya.
Bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025,keuntungan bersih RM505 juta manakala pendapatan mencecah RM5.17 bilion.
Syarikat turut mengisytiharkan dividen interim 7.75 sen sesaham,yang akan dibayar pada 31 Oktober depan.
Pengarah Urusan Kumpulannya,Datuk Mohamad Helmy Othman Basha berkata,prestasi kukuh itu hasil strategi mantap dan kecekapan operasi.
"Minyak Sawit Mentah (CPO) kini diniagakan pada diskaun berbanding minyak sayuran lain seperti soya dan bunga matahari,memberi potensi kenaikan harga. Pergerakan harga turut dipengaruhi oleh faktor bekalan dan permintaan," katanya.
Segmen huluan menunjukkan peningkatan 4 peratus dalam pengeluaran tandan buah segar (FFB),manakala harga purata Minyak Sawit Mentah (CPO) dan isirung sawit masing-masing meningkat 3 peratus dan 50 peratus tahun ke tahun.
Bagaimanapun,segmen hiliran mencatat penurunan keuntungan sebelum cukai sebanyak 44 peratus kepada RM126 juta akibat permintaan yang lemah di Asia Pasifik dan Eropah.
Syarikat menjangka harga CPO kekal tidak menentu dalam separuh kedua 2025 susulan ketidaktentuan ekonomi global,permintaan biodiesel yang perlahan dan semakan tarif Amerika Syarikat.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur