2025-08-08 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,7 Ogos - Cadangan pelaksanaan bayaran pencen secara bulanan bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dilihat sebagai langkah selari dengan status Malaysia yang sedang menuju ke arah negara menua.
Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Prof Madya Dr Mustazar Mansur,pendekatan yang melibatkan pengasingan caruman KWSP kepada dua komponen iaitu simpanan persaraan dan pencen persaraan itu amat penting memandangkan kebajikan warga emas kini menjadi keutamaan yang semakin mendesak.
"Apabila seseorang tidak lagi mampu menyertai sektor ekonomi,beban kerajaan dalam menjaga golongan warga emas dapat dikurangkan. Kebajikan masyarakat harus diberi tumpuan,selari dengan arah tuju negara menua," katanya ketika dihubungi RTM.
Cadangan penstrukturan itu juga dijangka dapat memberi kestabilan pendapatan selepas bersara,mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kerajaan,serta meningkatkan kesejahteraan psikologi pesara.
Beliau turut mengesyorkan kerajaan supaya menawarkan skim pencen bulanan itu kepada pencarum yang mempunyai simpanan mencukupi,terutamanya mereka yang mempunyai lebih RM200,000 dalam akaun KWSP.
"Jika jumlah simpanan membolehkan pencarum menerima antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan,kerajaan dicadangkan untuk memberikan caruman tambahan sebagai insentif bagi menggalakkan penyertaan mereka dalam skim pencen bulanan ini," katanya lagi.
Sementara itu,bagi pencarum yang mempunyai simpanan yang rendah atau tidak mencukupi,kerajaan disarankan agar memberikan fleksibiliti kepada mereka untuk membuat pengeluaran secara sekali gus.
Terdahulu,Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan,memaklumkan bahawa kerajaan sedang meneliti cadangan untuk memperkenalkan kaedah pembayaran KWSP secara berkala,seakan-akan sistem pencen bulanan.
Menurut beliau skim pencen bulanan itu juga hanya dicadangkan untuk pencarum baharu KWSP,manakala ahli sedia ada akan diberikan pilihan sama ada untuk menyertainya atau tidak.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur