2025-08-08 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,8 Ogos - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat,terus mencatat kenaikan selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) mengukuhkan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah pada mesyuarat dasar Rizab Persekutuan yang akan datang,kata ahli ekonomi.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan meningkat kepada 4.2205/2405 berbanding dolar AS daripada 4.2340/2385 pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tuntutan awal pengangguran AS naik lebih daripada jangkaan kepada 226,000 minggu lepas,melebihi unjuran pasaran sebanyak 221,000.
Beliau berkata peningkatan itu merupakan kenaikan untuk minggu kedua berturut-turut,menyokong pandangan bahawa petunjuk pasaran pekerjaan lemah yang dapat dilihat walaupun ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) percaya lebih banyak data diperlukan sebelum mesyuarat mereka pada September.
“Bagaimanapun,Indeks Dolar AS merosot 0.09 peratus kepada 98,084 mata berikutan jangkaan penurunan kadar faedah pada September yang meningkat,” katanya kepada Bernama.
Pada peringkat domestik,Mohd Afzanizam berkata ringgit dijangka kekal disokong selepas berdepan tekanan jualan pada sesi petang semalam.
“Ringgit dijangka berada pada RM4.22 hingga RM4.23 hari ini,” katanya.
Ringgit kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama dalam dagangan awal.
Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8750/8888 daripada 2.8732/8765 pada Khamis dan rendah berbanding pound kepada 5.6770/7039 daripada 5.6596/6656. Bagaimanapun,ia mengukuh berbanding euro kepada 4.9283/9516 daripada 4.9411/9463.
Mata wang tempatan mengukuh berbanding mata wang serantau.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2906/3064 daripada 3.2973/3013 dan naik berbanding baht Thailand kepada 13.0653/1346 daripada 13.0954/1146.
Ringgit turut mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.39/7.44 daripada 7.42/7.44 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 259.1/260.4 daripada 259.9/260.3. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur