2025-08-08 HaiPress

Datuk Chan Foong Hin
KUALA LUMPUR,7 Ogos – Industri getah negara perlu terus kekal berdaya saing dalam pasaran bernilai tinggi selain mematuhi prinsip Alam Sekitar,Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang kini menjadi satu keperluan yang tidak boleh dikompromi.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Chan Foong Hin berkata,ke arah itu,semua pihak dalam industri perlu berusaha memenuhi piawaian antarabangsa serta menetapkan penanda aras baharu yang lebih signifikan.
"Industri getah kekal menjadi pemacu utama,menjana sumbangan nilai tambah yang besar dalam sektor-sektor utama negara.
"Justeru,masa depan industri getah sangat luas daripada inovasi perubatan hingga kepada mobiliti mampan. Namun,potensi ini hanya boleh dicapai melalui kepimpinan ESG yang kukuh dan daya tahan sistemik," katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Persidangan ESG Industri Getah Malaysia (MREC 2025) di ibu negara,hari ini.
Malaysia telah diklasifikasikan sebagai negara Risiko Standard bawah Peraturan Deforestasi Kesatuan Eropah (EUDR).
Namun,penarafan itu belum mencerminkan infrastruktur peraturan negara yang telah maju serta realiti sebenar di lapangan.
"Pengelasan ini wajar dipertikai tetapi daripada hanya membantah,Malaysia memilih untuk membuktikan pematuhan melalui tindakan," katanya lagi.
Antara langkah yang diambil termasuk pelaksanaan strategi kemampanan menyeluruh berasaskan lima tonggak utama termasuk pengesahan perundangan,kebolehkesanan rantaian bekalan,komitmen sifar penebangan hutan,perlindungan hak pekerja dan pengurusan alam sekitar secara bertanggungjawab.
Kesemua tonggak itu selaras dengan pelaksanaan kerangka Getah Asli Mampan Malaysia (MSNR).
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur