2025-08-11 HaiPress

Datuk Bandar Kuala Lumpur,Datuk Seri TPr. Dr. Maimunah Mohd Sharif/BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 Ogos- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedia mempertimbang untuk mewartakan lokasi khusus bagi penganjuran perhimpunan aman dan demonstrasi yang ingin diadakan di pusat bandar,pada masa akan datang.
Cadangan itu mengambil kira status ibu negara yang sering menjadi tumpuan penganjuran acara seumpamanya.
Datuk Bandar Kuala Lumpur,Datuk Seri TPr. Dr. Maimunah Mohd Sharif bagaimanapun berkata,perkara itu perlu dibincangkan secara menyeluruh,dengan pihak pengurusan berkaitan.
"Saya rasa perkara ini perlu kita bincangkan secara menyeluruh,memandangkan kita juga berada di bawah Wilayah Persekutuan. Jadi,saya bercadang untuk bawa isu ini ke peringkat perbincangan yang lebih lanjut."
Daripada pemerhatian saya,memang wujud SOP untuk semua jenis perhimpunan. Contohnya,dari aspek keselamatan,prosedur perhimpunan,bayaran dan sebagainya. Tetapi,setakat ini belum ada SOP yang khusus untuk perhimpunan aman.
SOP untuk tempahan tempat memang ada,cuma bagi kes seperti ini,mungkin perlu ada garis panduan yang lebih spesifik. Saya akan bawa cadangan ini untuk dibincangkan di peringkat yang lebih tinggi," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Perarakan Budaya Asean @ Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM) di Dataran DBKL,pagi tadi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur