2025-08-11 HaiPress

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KAZAN,10 Ogos -Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat pulang ke tanah air hari ini,selepas mengakhiri Lawatan Negara ke Rusia selama lima hari bermula 5 Ogos.
Mengiringi keberangkatan pulang Seri Paduka Baginda ke Malaysia ialah Presiden Republik Tatarstan,Rustam Minnikhanov di Lapangan Terbang Antarabangsa Kazan.
Istana Negara dalam kenyataan di Facebook berkata,Lawatan Negara Seri Paduka Baginda ke Rusia berjaya mencatatkan kejayaan strategik dalam mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Seri Paduka Baginda yang berangkat ke Moscow pada Selasa lalu,atas jemputan Presiden Rusia,Vladimir Putin dalam masa sama melakar sejarah sebagai Ketua Negara Malaysia pertama mengadakan lawatan ke Rusia sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1967.
Dalam pertemuan rasmi di Kremlin,Presiden Putin menyifatkan hubungan kedua-dua negara berada pada tahap yang baik dengan komunikasi berterusan antara pelbagai agensi kerajaan.
“Presiden Putin turut memuji peranan Malaysia dalam Kumpulan Pembangunan Strategik Rusia-Dunia Islam yang disifatkan sebagai kerjasama berkesan dan platform persefahaman bersama antara Rusia dan negara-negara Islam,” menurut kenyataan itu.
Selain itu,Seri Paduka Baginda turut melawat Kazan dan menekankan potensi kerjasama antara Malaysia dan Republik Tatarstan dalam bidang petrokimia,inovasi,kewangan Islam dan sektor halal.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur