2025-08-11 HaiPress

Foto Fail
KOTA KINABALU,10 Ogos - Proses bedah siasat mayat Zara Qairina Mahathir masih lagi dijalankan setakat pukul 7.00 malam tadi oleh pasukan forensik bagi mendapatkan kepastian punca sebenar kematian mangsa.
Pakar Perunding Patologi Forensik dari Hospital Sultan Idris Shah,Serdang,Doktor Khairul Anuar Zainun tiba di Hospital Queen Elizabeth 1 sekitar pukul 11.00 pagi tadi bagi membantu proses bedah siasat.
Menurut peguam keluarga mangsa,Hamid Ismail,prosedur kali ini memerlukan penelitian yang lebih mendalam bagi memastikan setiap bukti fizikal direkodkan dengan tepat.
Tambahnya lagi,selepas proses bedah siasat selesai,hasil laporan akan diberikan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan mayat mangsa akan dihantar semula ke Sipitang untuk dikubur semula.
BERITA BERKAITAN:
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur