2025-08-11 HaiPress

Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir/BERNAMA
KUALA NERUS,10 Ogos- Masalah bekalan air bersih di beberapa institusi pendidikan tinggi (IPT) seluruh negara termasuk di politeknik sedang diperhalusi.
Ini termasuk mencari jalan penyelesaian segera bagi mengatasi masalah tersebut.
Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata pihaknya sedang menunggu laporan berhubung masalah bekalan air di Politeknik Kota Bharu,Kelantan,baru-baru ini.
"Sebelum ini kita menerima maklumat mengenai isu di Sabah,dan tidak menolak kemungkinan ia berlaku di tempat-tempat lain. Sekiranya timbul sebarang masalah,sama ada di universiti atau politeknik,mereka akan memaklumkan kepada kita untuk mencari jalan penyelesaian.
Masalah tersebut mungkin berkaitan dengan sistem sedia ada di institusi berkenaan atau berpunca daripada kekurangan bekalan air yang sebelum ini tidak dimaklumkan," kata Datuk Seri Dr. Zambry kepada pemberita,hari ini.
Beliau sebelum itu mengulas mengenai situasi air kehitaman di Politeknik Kota Bharu,Kelantan yang tular di media sosial.
Bagaimanapun,aduan berhubung perkara itu sudah dilakukan dan tindakan segera sudah diambil.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur