2025-08-11 HaiPress

Foto BBP Genting Highlands
KUALA LUMPUR,10 Ogos - Seramai 20 rakyat Vietnam dan enam warga tempatan terlibat dalam nahas melibatkan sebuah bas persiaran dan dua kereta di Kilometer 17.3 Jalan Turun Genting Highlands,Bentong,petang tadi.
Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman,nahas berlaku disebabkan bas dipandu seorang lelaki yang membawa 21 penumpang termasuk pemandu pelancong hilang kawalan sebelum melanggar belakang dua buah kereta.
"Pemandu bas mengalami kecederaan ringan manakala semua penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya menerusi kenyataan.
Tambahnya,pemandu sebuah kereta mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Bentong oleh orang awam,manakala penumpang kereta berkenaan selamat.
Pemandu sebuah lagi kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu,jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan bahawa bas terbabit dalam perjalanan dari Genting Highlands menuju ke Batu Caves,Gombak.
Tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Genting serta sebuah jentera 'Light Fire Rescue Tender' telah digerakkan dalam operasi terbabit.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur