2025-08-11 HaiPress

Shahlan Jufri
KOTA KINABALU,10 Ogos - Proses bedah siasat jenazah Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir selesai selepas kira-kira lapan jam prosedur itu dijalankan.
Proses berkenaan bermula kira-kira pada pukul 11.00 pagi tadi dan selesai pada pukul 7.30 malam.
Menurut Peguam,Shahlan Jufri,yang mewakili keluarga allahyarhamah,beliau menyaksikan proses bedah siasat itu dari awal hingga selesai atas permintaan keluarga Zara Qairina.
"Jadi,laporan 'post-mortem' (bedah siasat) akan disediakan oleh pasukan forensik. Tempoh berapa lama itu,pihak hospital yang akan tentukan,saya pun tak berapa pasti.
"Cumanya,yang saya boleh bagitahu,perjalanan 'post-mortem' sangat baik,tidak ada unsur-unsur seperti di media sosial,tangan-tangan ghaib dan sebagainya,tiada.
"Saya sendiri lihat,saya sendiri tengok bagaimana Allahyarhamah Zara Qairina diperiksa sehinggalah selesai,termasuklah organ-organ dalaman dia," katanya di sini.
Tambah beliau,prosedur dijalankan dengan telus,penuh integriti dan lancar.
Beliau menegaskan tiada kehadiran individu kenamaan atau pihak luar semasa proses berlangsung,dan setiap kecederaan diperiksa satu persatu mengikut prosedur.
Laporan penuh bedah siasat dijangka siap dalam tempoh dua minggu hingga dua bulan,bergantung kepada hasil bedah siasat pakar.
Waris keluarga akan berbincang dengan peguam bagi langkah seterusnya,termasuk kemungkinan memohon prosiding inkues.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur