2025-08-11 HaiPress

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi,Kampung Mesapol di Sipitang
SIPITANG,11 Ogos - Jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir selamat dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi,Kampung Mesapol di sini pada pukul 1.15 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Sipitang,Superintenden Awang Anak Suanda ketika ditemui di lokasi mengesahkan proses pengebumian telah selesai.
Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Papar itu tiba di tanah perkuburan pada pukul 12.42 tengah malam dengan diiringi polis.
Ibu,datuk dan nenek arwah turut hadir.
Allahyarham dikebumikan semula selepas proses bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Queen Elizabeth bagi mengetahui punca kematian.
Terdahulu,Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu,ACP Kasim Muda memaklumkan proses bedah siasat jenazah berjalan lancar.
"Semua ok,tidak apa-apa masalah. Alhamdullilah,tiada sebarang kekacauan," katanya ketika ditemui di Kota Kinabalu.
Kubur Zara Qairina digali semula pada Sabtu lalu atas arahan Jabatan Peguam Negara bagi membolehkan bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar tingkatan satu itu.
Zara Qairina,13 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth,Kota Kinabalu pada 17 Julai.
Dia dibawa ke hospital selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah pada pukul 4 pagi,16 Julai.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur