2025-08-11 HaiPress

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat berangkat tiba di tanah air hari ini selepas mengakhiri lawatan negara lima hari ke Rusia. - Foto Istana Negara
JOHOR BAHRU,11 Ogos - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat berangkat tiba di tanah air hari ini selepas mengakhiri lawatan negara selama lima hari ke Rusia.
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai,Johor pada pukul 6.30 pagi.
Berangkat menyambut keberangkatan tiba Sultan Ibrahim ialah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bersama Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.
Semalam,pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kazan pada pukul 11.08 pagi.
Sultan Ibrahim yang menaiki takhta pada 31 Januari 2024,mengadakan lawatan buat julung-julung kalinya ke Rusia bermula 5 Ogos lepas atas undangan Presiden Rusia Vladimir Putin.
Kunjungan itu disifatkan sebagai bersejarah kerana Seri Paduka Baginda merupakan Ketua Negara Malaysia pertama mengadakan lawatan negara ke Rusia sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun 1967.
Lawatan ini adalah yang keempat dilaksanakan oleh Sultan Ibrahim selepas Singapura,China dan Brunei.-Bernama
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur