2025-08-11 HaiPress

Model kereta elektrik pertama,‘E-Mas 7’/ BERNAMA
NEW DELHI,11 Ogos - Pembuatan kenderaan elektrik oleh Proton Holdings Bhd menarik perhatian Bangladesh yang kini berhasrat menarik pelaburan pengeluar kereta nasional Malaysia itu.
Menarik pelaburan syarikat-syarikat Malaysia dalam pelbagai sektor menjadi agenda utama Ketua Penasihat kerajaan sementara Bangladesh Muhammad Yunus sempena lawatan tiga hari beliau ke Malaysia bermula Isnin.
“Mereka menghasilkan banyak kereta. Semasa lawatan itu,Bangladesh akan mengundang Proton Holdings untuk melabur di sini,” kata Setiausaha Akhbar Yunus,Shafiqul Alam pada sidang media di Dhaka pada Ahad,menurut laporan Bangladesh Sangbad Sangstha.
Beliau turut merujuk kepada usaha Proton dalam pengeluaran kenderaan elektrik (EV) ketika menyampaikan kenyataan itu.
Syarikat itu melancarkan kenderaan elektrik pertamanya,Proton e.MAS 7,pada Disember 2024 dan kini mengadakan siri jelajah di bandar-bandar utama Malaysia dari Ogos hingga Oktober bagi memperkenalkan Proton e.MAS 5,model kedua dalam siri EV berkenaan.
Dalam pada itu,Bangladesh turut berhasrat meneroka penglibatan Malaysia dalam aktiviti perikanan laut dalam.
“Kami menangkap ikan Hilsa dan ikan laut lain dalam jarak 40 hingga 50 kilometer dari laut dalam. Namun,sempadan maritim kami adalah kira-kira 210,000 kilometer persegi,” kata Shafiqul Alam.
Lawatan Yunus,diadakan atas jemputan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim,dan turut diiringi Penasihat Hal Ehwal Luar Mohammad Touhid Hossain,Penasihat Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Asif Nazrul,Penasihat Tenaga,Kuasa dan Sumber Mineral Fouzul Kabir Khan,Penasihat Keselamatan Negara Khalilur Rahman,utusan khas Ketua Penasihat bagi hal ehwal antarabangsa Lutfey Siddiqui,dan Pengerusi Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Bangladesh (BIDA) Chowdhury Ashiq Bin Harun.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur