2025-08-11 HaiPress

8.6 juta penerima bakal mendapat bantuan hingga RM650 menerusi STR Fasa Tiga mulai esok. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,11 Ogos - Kerajaan akan menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Tiga mulai esok.
Melibatkan peruntukan RM2 bilion sebagai langkah Kerajaan MADANI meringankan beban kos sara hidup isi rumah berpendapatan rendah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan memaklumkan,8.6 juta penerima bakal mendapat bantuan hingga RM650 menerusi STR Fasa Tiga,menunjukkan peningkatan sebanyak 300,000 penerima berbanding 8.3 juta penerima Fasa Satu pada Januari lepas.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata peningkatan penerima STR itu hasil daripada langkah Kerajaan MADANI membuka permohonan baharu dan rayuan sepanjang tahun bagi memastikan bantuan sampai kepada semua yang layak.
"Pembukaan permohonan dan rayuan sepanjang tahun menunjukkan Kerajaan MADANI tidak mengambil enteng amanah yang dipikul untuk meningkatkan maslahat rakyat terbanyak,agar tiada yang tercicir daripada mengecapi limpahan negara.
"Lebih daripada bantuan tunai semata-mata,STR memberi suntikan kepada penerima untuk mencapai kebebasan kewangan agar kita dapat menggapai kesaksamaan yang didambakan dalam Ekonomi MADANI," katanya.
Menurut Datuk Seri Anwar pembayaran STR Fasa Tiga akan dibuat kepada penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Dalam pada itu,menurut Kementerian Kewangan sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR,mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.
Semakan status kelayakan STR boleh didapati di Portal Rasmi STR,melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur