2025-08-11 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,8 Ogos - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menegaskan komitmen untuk mencapai sasaran eksport RM2.09 trilion menjelang 2030.
Menurut MATRADE,jumlah itu sejajar dengan sasaran pertumbuhan eksport kasar negara pada kadar purata 5.8 peratus seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Sebagai agensi promosi perdagangan utama negara,MATRADE akan terus memainkan peranan strategik dalam memperluas jaringan dagang global,memperhebat promosi eksport dalam sektor-sektor berimpak tinggi yang sejajar dengan prinsip Ekonomi MADANI.
''Usaha ini merangkumi inisiatif padanan perniagaan,penyertaan pameran antarabangsa,promosi perdagangan digital,dan pembinaan jenama ‘Made by Malaysia’ di pasaran utama serta pasaran baharu.
''Sebagai tulang belakang ekonomi negara,Perusahaan Mikro,Kecil dan Sederhana (PMKS) akan diperkasakan bagi mencapai pertumbuhan purata eksport tahunan antara 6 hingga 7 peratus sepanjang RMK13,'' jelas MATRADE dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu,penekanan diberi kepada promosi eksport produk bernilai tinggi,pemerkasaan harta intelek dan penjenamaan global agar Malaysia dikenali sebagai pengeluar pintar dan kompetitif.
MATRADE turut menyenaraikan langkah-langkah pelengkap strategik seperti tumpuan kepada penerokaan pasaran baharu berpotensi tinggi antaranya Amerika Selatan,Afrika,Asia Barat dan Eropah Timur.
Usaha itu melibatkan peningkatan penyertaan dalam perjanjian perdagangan bebas,program padanan perniagaan serta misi akselerasi eksport.
Tambahnya,Rangka Tindakan Perdagangan Nasional juga akan diperkenalkan sebagai dokumen hala tuju strategik baharu bagi menyelaras dasar,meningkatkan kecekapan pelaksanaan,dan memperkukuh ekosistem eksport.
Dalam pada itu,Pengerusi MATRADE,Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata,inisiatif agensi itu akan diselaras untuk menyokong aspirasi kerajaan dalam RMK13.
''Keutamaan akan diberikan kepada memperkukuh daya saing eksport negara melalui pemerkasaan PMKS,penerokaan pasaran baharu,meningkatkan inovasi produk,serta penyesuaian kepada landskap perdagangan global yang semakin kompleks dan mencabar dengan mengadaptasi perniagaan berasaskan teknologi digital dan lestari,” katanya dalam kenyataan sama.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur