2025-08-11 HaiPress

Pertumbuhan ekonomi 2026 Malaysia disokong permintaan domestik kukuh.
KUALA LUMPUR,9 Ogos- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar sederhana pada 2026 walaupun berdepan ketidaktentuan perdagangan global dan permintaan luar yang perlahan.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam Kenyataan PraBelanjawan 2026 memaklumkan,pertumbuhan itu disokong oleh permintaan domestik yang kukuh,dipacu pelaburan swasta,pasaran pekerjaan stabil serta inisiatif peningkatan pendapatan seperti bantuan tunai bersasar dan kenaikan gaji.
Sektor pelancongan melalui Tahun Melawat Malaysia 2026 turut dijangka memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan.
Belanjawan 2026 akan memberi tumpuan kepada pengukuhan sumber pertumbuhan dalam negara,kepelbagaian pasaran eksport dan peluasan peluang pendapatan isi rumah.
Pelaburan awam akan dipertingkat melalui projek strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan peningkatan pelaburan langsung domestik (DDI) oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) menerusi Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP). Langkah ini akan mengukuhkan asas ekonomi yang inklusif dan mampan.
Pada suku pertama 2025,Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 4.4 peratus,disokong perbelanjaan isi rumah,pelaburan dan aktiviti sektor pembinaan.
MOF menjangka momentum ini berterusan pada suku kedua 2025 dengan anggaran awal pertumbuhan sekitar 4.5 peratus.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur