2025-08-11 HaiPress

Pakar Geostrategis,Profesor Madya Dr Azmi Hassan.
KUALA LUMPUR,10 Ogos - Sasaran dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) disifatkan realistik dan mampu menjadi asas kukuh kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Pakar Geostrategis,Profesor Madya Dr Azmi Hassan berkata,usaha kerajaan membuka pasaran baharu bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran Amerika Syarikat.
Menurutnya,tumpuan kini diberikan kepada pasaran Amerika Latin,Kesatuan Eropah dan negara-negara Afrika,sekali gus berpotensi meningkatkan pendapatan negara sepanjang tempoh lima tahun pelaksanaan RMK13.
“Pendapatan tambahan negara bukan sahaja digunakan untuk pembangunan fizikal,tetapi turut disalurkan bagi menangani kos sara hidup rakyat,selaras dengan konsep Ekonomi MADANI,” katanya kepada RTM.
Antara tumpuan utama RMK13 adalah menaikkan siling pendapatan negara dan lantai pendapatan rakyat,termasuk pelarasan gaji minimum bagi memastikan pengagihan hasil negara lebih seimbang.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur