2025-08-11 HaiPress
Foto fail
KUALA LUMPUR,11 Ogos -Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM14.98 bilion dalam pasaran konvensional dan RM23.07 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menjalankan tiga tender repo berbalik terdiri daripada RM3.2 bilion untuk tujuh hari,RM1.5 bilion untuk 31 hari dan RM1 bilion untuk 92 hari serta tender repo berbalik semalaman bernilai RM2 bilion untuk satu hari.
Sementara itu,BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM22.7 bilion dan RM23.1 bilion dalam tender semalaman murabahah. - BERNAMA
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding mata wang utama
PropertyGuru perkenal Lencana Verified elak penipuan ejen hartanah
Mohd Na'im ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Azizi Harun
Datuk Nor Yati Ahmad dilantik Profesor Adjung UiTM
PEWARIS platform pelihara seni bina warisan tempatan
Gagal patuhi syarat kemasukan, 26 warga asing dihalang masuk Malaysia
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur