2025-08-11 HaiPress

Penganalisis Ekonomi,Profesor Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff
KUALA LUMPUR,10 Ogos- Sasaran kerajaan terhadap pengurangan defisit fiskal negara kepada tiga peratus menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) adalah sejajar dengan usaha mewujudkan belanjawan seimbang.
Penganalisis Ekonomi,Profesor Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata tahap keberhutangan Malaysia masih berada dalam keadaan mampan dan di bawah penanda aras Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Berdasarkan IMF,kadar hutang melebihi 70 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dianggap sebagai berisiko.
“Hutang Malaysia masih berada pada tahap yang selamat selagi ekonomi berkembang. Negara seperti Singapura dan Jepun mempunyai nisbah hutang melebihi 100 peratus,namun kekal berdaya saing kerana produktiviti tinggi dan keupayaan mengekalkan tahap relevan di pasaran,” kata Profesor Dr. Ahmed Razman.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu bual bicara,On The Table di saluran Berita RTM.
Beliau berkata keyakinan terhadap keupayaan mengurus hutang disokong oleh peluang pertumbuhan dalam pelbagai sektor termasuk teknologi baharu dan industri hijau selain peningkatan pendapatan negara secara tahunan.
Beliau menambah,trend pengurangan defisit fiskal telah berlaku secara berperingkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini,termasuk pengurangan jumlah hutang baharu yang diambil kerajaan.
Kerajaan optimis sasaran itu dapat dicapai,selari dengan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan pengurusan kewangan negara yang berkesan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur