2025-08-11 HaiPress

Dr. Tricia Yeoh
KUALA LUMPUR,10 Ogos – Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) merupakan kesinambungan kepada dasar sedia ada kerajaan dengan menetapkan hala tuju lebih jelas untuk tempoh lima tahun akan datang.
Prof. Madya Sekolah Politik dan Hubungan Antarabangsa Fakulti Sains Sosial University of Nottingham Malaysia,Dr. Tricia Yeoh berpandangan,pelan itu perlu bersifat fleksibel dengan keupayaan beradaptasi dari institusi dan sistem tadbir urus negara.
''Perubahan berlaku dengan pantas apabila kita menyentuh mengenai kecerdasan buatan (AI),ekonomi hijau dan impak alam sekitar daripada krisis iklim.
''Jadi kita memerlukan rancangan lima tahun tetapi pada masa yang sama ia perlu disertakan tahap fleksibiliti dan kebolehsuaian yang terbina dalam institusi dan sistem agar kita boleh bertindak balas secara lebih tangkas terhadap perkembangan semasa,'' jelasnya dalam program Biz Malaysia di Angkasapuri Kota Media.
Beliau turut menyokong penekanan terhadap tadbir urus yang baik dan pembaharuan institusi,yang disifatkan sebagai asas penting untuk menjayakan segala strategi yang telah digariskan.
Selain itu,beliau yakin bidang tumpuan seperti ekonomi hijau,kecerdasan buatan (AI) dan teknologi akan menjadi pemacu utama kepada pembangunan negara pada masa akan datang.
Penekanan terhadap bidang-bidang itu akan meningkatkan tahap kompleksiti ekonomi dan meletakkan Malaysia di landasan tepat untuk menjadi hab ekonomi ASEAN.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur